Header Ads

Cara buat kerepek durian ala thai

Cara buat kerepek durian ala thai

Sumber : Alibaba

Cara buat kerepek durian ala thai | Jika kami berkunjung ke negara gajah putih, di antara buah tangan yang akan kami bawa pulang adalah kerepek durian. Kami sebenarnya masih tertanya-tanya, bagaimana kerepek ini dihasilkan? Jika menggunakan isi durian, sudah tentu mustahil kan? Jadi kami beranggapan bahawa mungkin ianya menggunakan perisa durian. Namun sangkaan kami meleset sama sekali selepas mengetahui “rahsia” Cara buat kerepek durian ala thai ni!

Mungkin ramai yang belum tahu yang kerepek durian ini dihasilkan dengan menggunakan biji durian! Ha? Ya! Biji durian biasanya akan dibuang begitu sahaja. Namun, ianya pasti memberi manfaat selepas anda membaca post ini! Jom kita sama-sama belajar Cara buat kerepek durian ala thai dengan menggunakan biji durian!

Cara buat kerepek durian ala thai.

  • Langkah pertama adalah dengan membersihkan biji durian. Kemudian rendam biji durian tersebut selama semalaman.
  • Kemudian, keluarkan biji durian daripada bekas rendaman dan keringkan.
  • Langkah seterusnya adalah buangkan sedikit kulit durian tersebut. Ianya seperti kita buang kulit epal.
  • Ok. Selepas itu, ambil sagat dan sagat biji durian tersebut. Rupa biji durian tu nanti akan kelihatan seperti kerepek la ya.
  • Dan akhir sekali ,goreng dengan minyak panas. Bila rupanya dan bertukar kuning keemasan, angkat dan toskan minyak.
  • Selepas itu bolehlah tambahkan perisa. Boleh letak garam, sambal atau madu, atau apa sahaja yang berkenan ya. Dan siap untuk di makan!
Ahha! Senang kan Cara buat kerepek durian ala thai ni? Jadi, lepas ni kalau beli durian, janganlah buang bijinya ya! Sayang pula beli durian mahal-mahal. Jadi kita gunakan sehabis mungkin. Ya! Selamat mencuba.

No comments

Segala perkongsian di Blog ini adalah di ambil daripada sumber-sumber tertentu ataupun adalah penulisan daripada penulis sendiri. Segala komen yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Komen berbentuk perkauman, agama atau yang boleh menimbulkan rasa kurang senang pihak lain adalah di larang sama sekali.