Header Ads

Cara paling mudah buat daging burger homemade.

Cara paling mudah buat daging burger homemade

Cara paling mudah buat daging burger homemade | Mungkin ramai yang tidak tahu ada cara yang paling mudah untuk buat daging burger. Mungkin ada di antara anak-anak kita yang suka makan daging burger. Tapi kalau setiap hari nak beli, ianya mungkin beri kesan pada kewangan kan? Jadi apa kata kita buat sendiri dekat rumah. Selain sihat *sebab kita hasilkan sendiri* ianya juga mampu menjimatkan wang. Jom kita tengok Cara paling mudah buat daging burger homemade.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat daging burger homemade adalah:

2 ketul dada ayam @ daging
2 ketul kentang
2 biji telur
1 labu bawang besar
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada putih
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kiub ayam
1 sudu kecil serbuk soda
3 sudu kecil tepung gandum
2 sudu kecil tepung ubi

Cara-cara nak buat burger homemade.

  1. Kisarkan kesemua bahan kecuali serbuk soda dan tepung gandum.
  2. Kemudian masukkan ke dalam 1 bekas dan gaulkan dengan sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk soda.
  3. Langkah seterusnya adalah bentukkan daging tersebut. Boleh buat bentuk bulat ataupun pendek atau apa sahaja mengikut kreativiti masing-masing. Pastikan ada alas diletakkan di bawah daging burger yang dibentuk tadi.
  4. Lepas dah siap, kukus daging tersebut selama 15-20 minit.
  5. Bila dah selesai kukus, sejukkan daging tersebut di dalam peti ais. Bila terasa nak makan, keluarkan sahaja dan panaskan seperti biasa! Dah siap! Mudah kan?
Selain sihat ianya mampu menjimatkan wang dan masa kita. selamat mencuba ya!

No comments

Segala perkongsian di Blog ini adalah di ambil daripada sumber-sumber tertentu ataupun adalah penulisan daripada penulis sendiri. Segala komen yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Komen berbentuk perkauman, agama atau yang boleh menimbulkan rasa kurang senang pihak lain adalah di larang sama sekali.