Header Ads

Cara mengelakkan ikan melekat di kuali ketika menggoreng.

Cara mengelakkan ikan melekat di kuali ketika menggoreng.

Sumber : aleppofood

Cara mengelakkan ikan melekat di kuali ketika menggoreng | Di antara masalah yang kerap dihadapi ketika menggoreng ikan adalah melekat pada kuali. Dan bila ia melekat terlalu kuat, ia boleh menghancurkan isi ikan tersebut sekaligus merosakkan bentuk ikan. Ini boleh menghilangkan selera makan kita. Hari ini kami ingin kongsikan dengan semua pembaca, cara atau tips untuk elakkan ikan melekat di kuali ketika menggoreng.

Cara mengelakkan ikan melekat di kuali ketika menggoreng.


Cuci ikan dengan betul sebelum mula menggoreng.

Ramai yang melihat kepada masalah ikan melekat di kuali tetapi terlepas pandang kepada punca kepada masalah tersebut. Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku, pastikan ikan dibersihkan dengan betul. Dan Diantara bahan-bahan yang boleh digunakan adalah tepung. Gunakan tepung ketika mencuci ikan. Dan di antara kelebihan lain mencuci ikan dengan tepung ini adalah dapat menghilangkan bau hanyir ikan.

Guna asam jawa.

Asam jawa juga dapat mengelakkan masalah ikan melekat pada kuali ketika menggoreng. Caranya cukup mudah iaitu dengan melakukan perapan asam jawa pada ikan. Selain daripada dapat menggelakan masalah utama, ianya juga dikatakan dapat memberikan rasa yang menarik pada isi ikan.

Minyak yang mencukupi.

Ini juga adalah cara terbaik. Pastikan minyak cukup banyak ketika menggoreng ikan. Mungkin ada di kalangan kita yang ingin menjimatkan minyak masak dengan hanya menggunakan minyak yang minimum. Namun, ini memberi kesan yang tidak baik ketika proses menggoreng tersebut.

Guna tepung beras.

Biasanya sebelum menggoreng ikan, kita pasti akan letak garam dan serbuk kunyit. Apa kata selepas ini, cuba letakkan sedikit tepung beras. Cara ini dikatakan dapat menggelakkan ikan daripada melekat pada kuali.

Petua orang lama untuk elakkan ikan melekat pada kuali.


Kami sertakan juga diantara petua orang lama bagi mengelakkan ikan melekat pada kuali ketika menggoreng. Di antara petuanya adalah:

  • Meletakkan asam keping kedalam minyak sebelum mula menggoreng.
  • Taburkan sedikit garam dalam minyak panas sebelum mula menggoreng.
  • Gorengkan beberapa hiris halia sebelum mula menggoreng.
  • Masukkan kulit bawang ketika menggoreng ikan.

Baiklah. Ini sahajalah diantara tips atau petua untuk elakkan ikan melekat di kuali ketika menggoreng. Lepas ini tiadalah masalah ikan yang tidak serupa ikan selepas menggoreng ya! hehehe. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.

No comments

Segala perkongsian di Blog ini adalah di ambil daripada sumber-sumber tertentu ataupun adalah penulisan daripada penulis sendiri. Segala komen yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Komen berbentuk perkauman, agama atau yang boleh menimbulkan rasa kurang senang pihak lain adalah di larang sama sekali.