Header Ads

Cara hilangkan bau tidak menyenangkan dalam peti sejuk

Cara hilangkan bau tidak menyenangkan dalam peti sejuk

Cara hilangkan bau tidak menyenangkan dalam peti sejuk | Surirumah sudah pastinya kerap berhadapan dengan perkara seperti ini. Akibat terlalu banyak memasukkan barang ke dalam peti sejuk, akhirnya ada yang tidak digunakan dan membusuk. Ianya sudah pasti menghasilkan bau yang busuk dan tidak menyenangkan! Hari ini kami ingin berkongsikan tips dengan anda semua, bagaimana untuk menghilangkan bau tidak menyenangkan ini.

Pasti ada yang memikirkan apakah bahan yang digunakan untuk menghilangkan bau busuk dalam peti sejuk ini. Jangan risau, kami kongsikan dengan anda semua cara semulajadi yang semestinya selamat dan mudah untuk dicari. Mungkin ada juga daripada kita semua yang tidak tahu, bahan-bahan ini mampu menghilangkan bau busuk dalam peti sejuk ni.

Baiklah. Mari kita lihat Cara hilangkan bau tidak menyenangkan dalam peti sejuk.

Cara hilangkan bau tidak menyenangkan dalam peti sejuk


Baking soda.

Ahha! Cara pertama adalah dengan menggunakan baking soda. Caranya adalah dengan meletakkannya ke dalam piring kecil dan masukkan ke dalam peti sejuk. Kemudian tutup pintu peti sejuk dan biarkan seketika. Tapi kenalah ingat, sebelum masukkan baking soda ni, kenalah keluarkan dahulu barang-barang dalam peti sejuk tu. Kalau tak keluarkan, letaklah banyak mana pun baking soda ni, baunya tetap sama. Dan jangan pula salahkan kami ya! hehe.

Cara hilangkan bau tidak menyenangkan dalam peti sejuk


Oat.

Ha? Oat? Yang orang makan tu? Ya! Mesti ramai yang tidak menyangka yang oat juga mampu untuk menghilangkan bau busuk dalam peti sejuk kan? Caranya juga sama seperti baking soda tadi, masukkan ke dalam bekas dan letakkan ke dalam peti sejuk.

Cara hilangkan bau tidak menyenangkan dalam peti sejuk


Serbuk kopi.

Selain digunakan untuk meneutralkan kembali fungsi bau pada hidung akibat terlalu banyak menghidu bau wangian, kopi juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau busuk dalam peti sejuk. Masukkan sedikit serbuk kopi ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sudah pasti, selepas itu, bau peti sejuk anda selepas ini akan berbau wanggi kopi! Bestnya!

Cara hilangkan bau tidak menyenangkan dalam peti sejuk


Arang.

Kami masih teringat sewaktu kami kecil, ibu kami meletakkan arang di dalam peti sejuk. Waktu itu memang tertanya-tanya juga, apakah fungsi arang yang dimasukkan kedalam peti sejuk. Selepas kami meningkat dewasa, barulah kami tahu yang arang juga digunakan untuk menghilangkan bau busuk dalam peti sejuk!

Cara hilangkan bau tidak menyenangkan dalam peti sejuk


Esen vanilla.

Cara terakhir adalah dengan menggunakan esen vanilla. Ahha! Ibu-ibu semua pastinya ada menyimpan esen vanilla di rumah kan? Apa kata selepas ini, jika peti sejuk anda berbau busuk, gunakan sahaja esen vanilla. Caranya cukup mudah. Titiskan beberapa titik esen vanilla di dalam piring. Kemudian ambil kain basah dan celupkan ke dalam piring. Langkah seterusnya adalah, lapkan bahagian dalam peti sejuk anda. Biarkan seketika dan bau busuk pasti hilang!

Bau busuk dalam peti sejuk adalah suatu perkara yang perlu di selesaikan segera! Ianya bukan sahaja boleh menimbulkan suasana tidak selesa tetapi juga boleh menghilangkan mood kita untuk memasak. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.

1 comment:

  1. Thanks for sharing. memang kalau banyak2 benda dalam peti ais, boleh bau busuk tu..

    ReplyDelete

Segala perkongsian di Blog ini adalah di ambil daripada sumber-sumber tertentu ataupun adalah penulisan daripada penulis sendiri. Segala komen yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Komen berbentuk perkauman, agama atau yang boleh menimbulkan rasa kurang senang pihak lain adalah di larang sama sekali.