Header Ads

Resepi mangga susu istimewa

Resepi mangga susu istimewa

Sumber : google

Resepi mangga susu istimewa| Siapa yang suka minum air mangga susu dekat sini? Ahha! Pasti ramai yang suka kan? Lebih-lebih lagi jika dapat minum dalam cuaca panas. Sememangnya sangat sempurna! Ok! Tahukah korang yang nak buat air mangga susu ni tersangatlah senang! Semudah ABC! Tak percaya? Jika tidak percaya, sila teruskan bacaan korang ya!

Resepi mangga susu sedap.


Ok. Apa yang korang perlukan untuk buat Air mangga susu istimewa ni? Bahan-bahannya adalah:

  • 1 biji mangga
  • 1 cawan ais
  • 3 sudu besar susu pekat manis.


Ahha! Nampak tak bahan-bahan yang diperlukan untuk buat air mangga susu sedap ni? Mudah kan? Bila bahan yang diperlukan pun mudah, cara nak buat lagilah mudah kan? Cara nak buatnya adalah:

Potong isi mangga tersebut kepada ketulan kecil ataupun dadu.

Kemudian masukkan ke dalam jug bersama bahan lain. Lepas tu blend sehingga sebati. Lepas dah rasa bahan-bahan tersebut sudah sebati dan meletop, masukkan ke dalam cawan.

Ok. Sekarang adalah masanya untuk menjadikan air mangga susu istimewa ini jadi lebih sedap! Masukkan ketulan mangga tadi ke dalam  air mangga susu tu. Ada juga yang masukkan aiskrim, terpulanglah ya!

Akhirnya, minumlah dengan tenang bersama dengan orang tersayang. Hehehe. Mudah, ringkas dan sedap! Selamat mencuba ya Resepi mangga susu istimewa ni.

No comments

Segala perkongsian di Blog ini adalah di ambil daripada sumber-sumber tertentu ataupun adalah penulisan daripada penulis sendiri. Segala komen yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Komen berbentuk perkauman, agama atau yang boleh menimbulkan rasa kurang senang pihak lain adalah di larang sama sekali.