Header Ads

Resepi ayam goreng ala ala KFC

Resepi ayam goreng ala ala KFC

Resepi ayam goreng ala ala KFC | Siapa suka makan ayam KFC? Kami di antara ribuan peminat ayam KFC. Boleh dikatakan setiap minggu akan ada bucket KFC diatas meja kami. Disebabkan kami suka makan ayam ni, hari ini,kami ingin kongsikan dengan pembaca semua, resepi mudah ayam goreng ala ala KFC. Lepas ni, bolehlah hari-hari makan ayam goreng sedap ni kan? hehe.

Ok. Apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk buat ayam goreng ala ala KFC ni? Bahan-bahannya adalah:

  • 1 ekor ayam *potong mengikut citarasa masing-masing*
  • Cili kering yang dikisar halus
  • Bawang merah dan bawang putih *dikisar halus*
  • Garam dan perasa.
  • Tepung gandum
  • Minyak masak.

Cara-cara nak buat ayam goreng ala ala KFC.


Perapkan ayam terlebih dahulu.

Kemudian ambil ayam tersebut dan gaulkan dengan tepung. Pastikan tepung meliputi keseluruhan daging ayam ya.

Kemudian panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum mula mengoreng. Selepas minyak betul-betul panas, masukan ayam.

Selepas warna ayam menjadi kuning keemasan, angkat ayam goreng tersebut dan toskan minyak. Selepas itu siap untuk dihidangkan! Amacam? Mudah kan nak buat ayam goreng ala ala KFC ni? selamat mencuba ya!

No comments

Segala perkongsian di Blog ini adalah di ambil daripada sumber-sumber tertentu ataupun adalah penulisan daripada penulis sendiri. Segala komen yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Komen berbentuk perkauman, agama atau yang boleh menimbulkan rasa kurang senang pihak lain adalah di larang sama sekali.