Tahniah! Sari yanti kini milik Jep sepahtu!
Buat mereka yang menonton rancangan Mentor Milenia 2017
malam tadi, pasti ada yang perasan, pengacara rancangan itu ada mengatakan yang
bibit percintaan pasangan sari yanti dan jep sepahtu ini bermula daripada
rancangan JKKK. Tapi kami merasakan sebaliknya. Kami merasakan bibit percintaan
mereka bermula lebih awal daripada itu.
Namun, apa yang membuatkan kami lebih gembira adalah,
terbinanya ikatan yang sah di antara pasangan ini. Bukankah ianya lebih baik? Mempercepatkan
apa yang baik. Jelas terpancar di wajah pengantin, “keceriaan” yang tidak
terhingga. Sudah pasti, malam-malam sari yanti selepas ini pasti akan lebih bahagia
kerana umum mengetahui jep adalah seorang yang sangat kelakar!
Kami disini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk pasangan
ini. Juga mengharapkan pernikahan sari yanti kali ini akan berkekalan
hendaknya. Dan Jep akan menjadi suami yang bertanggungjawab dan ayah yang baik
kepada anak-anak sari yanti. Ok?
Post a Comment